Logo lama bagi gelanggang asal di Sg. Tiram
Isnin, 29 November 2010
Rabu, 24 November 2010
SEJARAH
SENI SILAT KRAYONG SENDENG
Perguruan Seni Silat Melayu Krayong Sendeng berasal dari Kalimantan. Warisan silat ini di bawa ke tanah melayu oleh Shekh Othman bin Shekh Abdul Majid (sudah pulang ke Rahmatullah). Beliau menetap di Kuala Lumpur pada sekitar awal 60-an. Telah menurunkan ilmu persilatan kepada Tuan Haji Napiah bin Abu Hassan, yang kini bergelar guru utama Perguruan Seni Silat Melayu Krayong Sendeng, yang menamatkan latihan persilatan seminggu sebelum 13 Mei 1969.
Menurut Almarhum Tn. Guru utama Hj. Napiah, asal usul nama Krayong Sendeng berasal dari satu peristiwa yang berlaku dikalangan sekumpulan yang menuntut ilmu Agama Islam. Ia sebagai bekalan ilmu beladiri secara tak langsung. Menurutnya lagi sekumpulan murid ini tadi bertanya kepada tuan guru yang bijak lagi pandai, apakah nama silat yang kami pelajari ini, namun tuan guru hanya mendiamkan diri sahaja. Kerana Ulama tersebut memang bersikap sedemikian, beliu hanya bercakap jika perkara itu adalah penting sahaja. Lalu sekumpulan penuntut tadi pun memohon beredar pulang ke kampung halaman, setelah tamat pelajaran yang telah di pelajari. Pemergian mereka diiringi oleh tuan guru hingga ke hujung jalan. Laluan itu adalah jalan yang di liputi hutan, maka dengan kuasa Allah, tumbanglah sepohon pokok yang agak besar dan tegap menghalang jalan hutan denai tadi. Mereka pun meminta pandangan sang Ulama tersebut, lalu berkatalah beliau yang berbunyi kerat ! yang bermaksut potong. Setelah di potong Sang Guru memberi satu arahan lagi, yong/ royong, yang bermaksud buang atau humban ketepi. Dalam usaha membuang kayu tersebut tiba-tiba ranting kayu tersebut terpelanting hendak mengenai salah seorang penuntut tadi. Maka berteriak Guru tersebut dengan perkataan sendeng, yang bermaksud elak. selesai kerja-kerja pembersihan, penuntut tadi meminta untuk beredar dari situ. Dalam perjalanan teringat salah seorang penuntut tentang hal yang baru berlaku sebentar tadi, berkumpullah meraka di satu kawasan teduhan di bawah pokok. Tuan Guru kita bukanlah orang yang jenis bercakap jika sesuatu perkara itu tidak penting, terfikirlah mereka tentang ilmu beladiri yang di pelajari yang tiada nama itu. maka mereka pun memikir tentang Kerat, Yong/ Royong dan Sendeng tiga perkataan yang di keluarkan dari mulut Ulama tersebut. Penuntut tersebut pun bersetuju apabila perkataan tersebut di cantumkan Keratyong Sendeng atau Krayong Sendeng, untuk dinamakan ilmu persilatan yang mereka pelajari.
Dipetik daripada pencakmjg.blogspot.com
Dipetik daripada pencakmjg.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)